DENGKIL, 6 Ogos: Kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam esok, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, pakej istimewa itu ditawarkan ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar ketika ini.