
KUALA LUMPUR, 29 Julai : Satu lembaran baharu ke arah masa depan politik negara yang lebih baik dicipta pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, diluluskan dengan sokongan lebih dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.