paralimpik Tokyo

KUALA LUMPUR, 1 September — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat untuk sama-sama berdoa agar kemenangan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 melibatkan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo semalam, kekal berpihak kepada Malaysia.

KUALA LUMPUR, 1 September — Rakyat Malaysia terus ‘bersuara’ melahirkan rasa tidak puas hati susulan keputusan kemenangan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkepli dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo semalam dibatalkan.

TOKYO, 1 Sept — Kontroversi yang melanda keputusan acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) mencemari kempen hari ketujuh kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, semalam.

KUCHING, 31 Ogos: Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) bakal menghadiahkan ganjaran berjumlah RM50,000 kepada Bonnie Bunyau Gustin yang telah berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara powerlifting pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

TOKYO, 30 Ogos : Atlet powerlifting kebangsaan, Jong Yee Khie menutup kempen pasukannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo dengan pencapaian membanggakan, pada hari terakhir sukan berkenaan berlangsung hari ini.