
PARIS, 6 Sept: Cabaran sulung perenang para negara, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan berakhir dengan kehampaan selepas tersingkir di peringkat saringan 100 meter (m) kuak lentang lelaki S14 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.