Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

palestin

GAZA / ISTANBUL, 6 Mei: Ratusan ribu penduduk Palestin hanya makan sekali setiap dua atau tiga hari susulan sekatan Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RAMALLAH, 4 Mei: Tahanan pentadbiran Palestin Mohyee al-Din Fahmi Najem, 60, dari Jenin, meninggal dunia di Pusat Perubatan Soroka, Israel selepas berbulan-bulan mengalami pengabaian rawatan perubatan dalam penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin.

ANKARA, 3 Mei: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) di Wilayah Palestin yang Diduduki mengeluarkan amaran tegas berhubung peningkatan jumlah wartawan Palestin yang terkorban, sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada Jumaat .

GENEVA, 3 Mei: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Jumaat memberi amaran bahawa usaha bantuan kemanusiaan di Gaza berada di “ambang lumpuh sepenuhnya” selepas dua bulan sekatan bantuan oleh Israel ke wilayah Palestin itu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

ANKARA, 30 April: Sekurang-kurangnya 35 lagi penduduk Palestin maut dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah korban akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 52,400 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Paling Popular

No results found.