
MOSCOW, 11 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berikrar untuk “meningkatkan perdagangan secara besar-besaran” dengan India dan Pakistan bagi menyokong kedua-dua negara itu susulan pengumuman gencatan senjata, serta berjanji untuk membantu menyelesaikan konflik di Kashmir, lapor Sputnik/RIA Novosti.