
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.