
KUCHING, 24 Jun:Â Pendekatan penguatkuasaan bersepadu merentas agensi di bawah pelaksanaan Operasi Tiris 3.0 (Ops Tiris 3.0) terus menunjukkan keberkesanan dengan sebanyak 128 kes penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan berjaya dikesan di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, melibatkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM1.18 juta.