Bomba gerakkan Operasi HADR hantar bantuan makanan untuk Kampung Long Seniei #bm, Berita Sarawak September 13, 2022 12:07 PM MIRI, 13 Sept : Operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) telah dilancarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bagi penghantaran bekalan makanan untuk penduduk Kampung Long Seniei, Akah Baram yang terjejas akibat kebakaran.