
JOHOR BAHRU, 28 Ogos : Terdapat 51,944 kekosongan jawatan di Johor ketika ini yang melebihi jumlah pencari kerja sebanyak 34,278 orang, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Selain meminta rakyat negeri ini memanfaatkan peluang pekerjaan yang ada terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan terdapat banyak isu ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan.