SUKMA : Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan SUKMA ke-20 #bm, Malaysia, Sukan September 17, 2022 11:24 AM KUALA LUMPUR, 17 Sept : Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Nor Sarah Adi menyambut Hari Malaysia dengan bergaya, apabila masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) pada Jumaat.