
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melonjak semula untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik yang meningkat susulan pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.