KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat inventori fasiliti sukan dan venue latihan kendalian kementerian itu di seluruh negara bagi membantu menyelesaikan masalah persatuan sukan berdepan dengan kekangan kemudahan venue latihan.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata kementeriannya sedang mengumpul maklumat mengenai persatuan sukan yang memerlukan venue latihan khas dan akan membuat padanan dengan fasiliti sukan yang ada di negara ini.