
LUNDU (Sarawak), 16 Nov: Kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR), khususnya bagi projek penambahan bangunan sekolah disaran menyiapkan pembinaan dalam tempoh serta harga yang ditetapkan dalam kontrak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.