KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi semalam berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan itu adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan beliau kepada keluarga Sharipudin Shaari iaitu pemandu e-hailing serta waris Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim, yang masing-masing merupakan juruterbang pesawat berkenaan.