KUALA LUMPUR, 29 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia mengetepikan ego, kepentingan kaum kerabat dan keluarga demi kekuatan negara tanpa mengira bangsa, terutama dalam membantu mereka yang lemah dan terpinggir.
Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri baginda Hajar dan anak baginda Nabi Ismail dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, Perdana Menteri berkata ia menjadi asas keyakinan dalam membawa amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa.