PHNOM PENH, 9 Mei: Bukan satu tapi dua emas!
Tatkala tumpuan lebih diberikan kepada jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang menepati ramalan menjuarai acara tersebut, kelibat pelari lelaki berusia 20 tahun, Umar Osman ternyata mencuri tumpuan pada hari kedua olahraga pada Sukan SEA 2023, hari ini.