KUNDASANG, 5 Okt: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali telah mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghubungi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Salleh mengenai dakwaan adanya kartel beras.