KUALA LUMPUR, 22 Sept– Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) telah mengiktiraf pencapaian utama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dalam pembiakan mutasi tumbuhan dan bidang bioteknologi berkaitan dalam usaha meningkatkan sekuriti makanan melalui penggunaan radiasi bagi mempelbagai jenis benih yang lebih berkualiti.