Kongres dan Pameran Air Sedunia 2028 Sarawak buka ruang perbincangan ASEAN tangani isu dihadapi #bm, Berita Sarawak August 13, 2024 12:05 PM KUCHING, 13 Ogos: Penganjuran Kongres dan Pameran Air Sedunia (WWCE) oleh Persatuan Air Antarabangsa (IWA) pada 2028 di Sarawak diyakini akan menjadi platform terbaik bagi ASEAN mencari kaedah menangani cabaran isu air yang dihadapi.