Montenegro: Sekurang-kurangnya 11 termasuk suspek maut dalam insiden tembakan #bm, Dunia January 2, 2025 10:47 PM BUDAPEST, 2 Jan: Seorang lelaki bersenjata yang membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua kanak-kanak, maut selepas membunuh diri dalam kejadian tembakan di bandar kecil Cetinje, Montenegro pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).