NEW YORK, 23 Mei: TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Montana mengharamkan platform media sosial itu, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami mencabar tindakan tidak berpelembagaan Montana yang mengharamkan TikTok untuk melindungi perniagaan kami dan ratusan ribu pengguna di Montana.