
KUALA LUMPUR, 26 Nov: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara itu.