Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

mohd uzir mahidin

PUTRAJAYA, 19 Jun: Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang ketara pada 2024, dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik mencecah RM106.7 bilion, meningkat 25.6 peratus berbanding RM84.9 bilion pada 2023, menurut Survei Pelancongan Domestik Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia mencatatkan peningkatan 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM160.6 bilion pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Inflasi keseluruhan Malaysia mencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.4 peratus pada April 2025 dengan indeks harga pengguna naik kepada 134.3 mata daripada 132.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

PUTRAJAYA, 14 Mei: Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 11.5 peratus iaitu 93,500 kelahiran pada suku pertama tahun ini berbanding 105,613 kelahiran pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan hari ini.

PUTRAJAYA, 29 April: Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menduduki tempat pertama dunia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 198 negara lain dengan skor keseluruhan 90 serta skor keterbukaan data yang cemerlang iaitu 99.

Paling Popular