KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT)Â berhampiran Eco Cheras Mall di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizuan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.