
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi dengan lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000 kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.