
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Nov lepas di tangga kawasan kediaman itu, apabila pelajar yang menemukan kucing itu melaporkannya kepada pengawal keselamatan.