
Hari ke-4 di Florida, Amerika Syarikat. Pengikut Instagram Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong kini semakin mencanak naik sebagai tanda memberi sokongan kepada beliau. Malah kelab peminat Miss Universe Malaysia itu juga turut membuka akaun instagram khas untuk mengemas kini perkembangan terbaru Francisca. Rata- rata pengikut mendoakan kejayaan ratu cantik Malaysia ini dan kini mereka dalam usaha untuk menaikkan undian Francisca Luhong sebagai salah seorang ‘Top 21’.