PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar #bm, Malaysia December 22, 2022 6:25 PM KUALA LUMPUR, 22 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha untuk mendepani permasalahan miskin bandar.