![](https://s3.tvstv.my/wp-content/uploads/2023/11/FW1340794_KL24_16112023_GAZA-lpr.jpg)
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin dan menyaksikan sendiri serangan misil dan bedilan bertalu-talu tentera Israel berkata semangat dan jiwa besar anak-anak kecil di bumi Gaza sebenarnya yang menjadi penguat semangat diri untuk tabah dalam menghadapi situasi peperangan yang getir dan belum pernah dialaminya seumur hidup.