KUALA LUMPUR, 20 Jun: Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memberi tumpuan kepada peralihan tenaga yang mampan untuk industri perkapalan sebagai sebahagian daripada usaha mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah.
Beliau berkata sektor perkapalan penting untuk perdagangan antarabangsa memandangkan 80 hingga 90 peratus perdagangan global berlaku melalui perkapalan dan dianggarkan melibatkan tiga peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global (GHG).