KUALA LUMPUR, 27 Julai: Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang merangka arus Halalan Tayyiban melalui Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) dengan kerjasama industri dan ekosistem kewangan Islam untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju ekonomi Islam global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, usaha ini akan lebih menekankan kepada pembiayaan ekuiti termasuk modal teroka, pendanaan awam ekuiti, ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah ‘blended finance’ yang menggunakan dana daripada sumbef lebih meluas.
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Malaysia mengekalkan kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk tahun ke-10 berturut-turut, kata Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).