
WASHINGTON, 23 Jan: Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan apa yang dipanggilnya sebagai “orang asing yang terlibat dalam pencerobohan ke Amerika Syarikat melalui sempadan selatan”, lapor Agensi Anadolu (AA).