Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mac:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku dari 18 hingga 20 Mac ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.
“Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia.-TVS

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini.

Paling Popular

No results found.