Penyerahan mesin hemodialisis tingkat perkhidmatan kesihatan Hospital Kanowit #bm, Berita Sarawak November 27, 2024 5:52 PM KANOWIT, 27 Nov: Kerajaan Sarawak terus memperkasa kemudahan rawatan bagi pesakit buah pinggang melalui inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dengan penyerahan mesin hemodialisis baharu kepada Hospital Kanowit hari ini.