KUALA LUMPUR, 8 Julai — Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpendapat bukanlah sesuatu yang mustahil bagi atlet negara yang julung kali menyertai Sukan Olimpik untuk pulang dengan kejayaan pada temasya sukan itu di Tokyo, Jepun bulan ini.