
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah yang sama.