KUANTAN, 28 April: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini.
Keberangkatan baginda ke pekarangan Kompleks Bandaraya Kuantan pada 8.35 malam diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.