
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhannya pada tahun ini, pada kadar yang lebih tinggi antara 4.4 peratus dan 4.8 peratus, menurut bank-bank pelaburan.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 2024 Malaysia pada 4.4 peratus, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan, eksport barangan dan perkhidmatan yang meningkat semula dan momentum pertumbuhan pelaburan yang positif.