
KOTA KINABALU, 25 Okt : Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.