Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

maut

KUANTAN, 4 Jan: Dua maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 152.4 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Felda Nerek, Maran, dekat sini pagi tadi.

BINTULU, 3 Jan: Dua warga Indonesia maut, seorang lagi rakan senegara cedera dihempap kepingan kaca dalam satu kejadian di sebuah kilang di sini, hari ini.

NIBONG TEBAL, 2 Jan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut akibat tersepit pada kaki besi meja lipat di sebuah rumah di Taman Seri Putera di sini semalam.

SEREMBAN, 1 Jan: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi.

SEREMBAN, 30 Dis: Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini manakala kakaknya berusia sembilan bulan koma selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau, dekat sini hari ini.

Paling Popular

No results found.