Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

maut

SIBU, 13 Feb: Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce semalam.

MELAKA, 10 Feb: Syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan menyebabkan tujuh maut membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Mac.

Jakarta, 9 Feb: Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

SELANGAU, 4 Feb: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti di Kilometer 96, Jalan Sibu – Bintulu di sini, semalam.

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan yang pernah mendapat tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan (FIA) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam.

Paling Popular

No results found.