Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

masters malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya menebus kekecewaan sebagai naib juara edisi 2023 apabila muncul juara Masters Malaysia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Li Shi Feng melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain perseorangan lelaki China pertama muncul juara pada Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 selepas menewaskan wakil India, Srikanth Kidambi di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Malaysia dijanjikan kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas 12 tahun apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket dalam pusingan akhir bagi menentang satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun esok.

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 tidak kesampaian selepas tumbang kepada gandingan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot final selepas mengecewakan bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, pada perlawanan separuh akhir Masters Malaysia 2025 hari ini.

Paling Popular

No results found.