SERDANG, 1 April: Identiti lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun berhampiran sebatang anak sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan petang semalam dikenal pasti sebagai warga Indonesia.
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Niat sepasang suami isteri dan tiga anak mereka untuk menjala ikan di sebatang sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat sini petang tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada anak pasangan itu lemas manakala si ibu dan seorang lagi anaknya masih hilang.