KUALA LUMPUR, 21 April: Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap tegas dalam tata kelola untuk mengembalikan maruah serta integriti dengan menolak sebarang kebobrokan, rasuah dan penyelewengan di negara ini.
Dalam Perutusan Sempena Aidilfitri, Perdana Menteri berkata ia supaya nasib rakyat Malaysia akan terjamin dan maruah bangsa akan dapat ditebus semula.