KUALA LUMPUR, 4 Mei: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 yang bertugas di Lubnan semalam merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penganugerahan itu bukti kecemerlangan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Kontinjen MALBATT 850-10 dalam menggalas tugas serta amanah sebagai pasukan pengaman di Lubnan.