KUALA LUMPUR, 29 Dis: Malaysia dan Jepun menegaskan komitmen untuk mengukuhkan lagi perdagangan dua hala, pelaburan serta hubungan perniagaan untuk manfaat kedua-dua negara, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan, komitmen itu dinyatakan selepas menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima kunjungan rakan sejawatnya, Nishimura Yasutoshi serta delegasi, semalam.