KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum menaik semasa pembukaan dagangan pada Rabu, sekali gus mengekalkan kenaikan yang dialami pada Selasa, didorong minat belian yang dicatatkan kaunter saham berwajaran tinggi terpilih seperti produk perindustrian, perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.