KUALA LUMPUR, 8 Jun: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Negara hari ini.
Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, bersama isterinya Iriana Joko Widodo tiba pada 3.35 petang bagi menghadiri majlis santapan petang bersama Seri Paduka dan meluangkan masa kira-kira sejam di Istana Negara.