Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

mahkamah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.

KAJANG, 27 Jun: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya kerana hakim itu pernah menjadi rakan kongsi firma guaman dilantik syarikat berkenaan.

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Seorang peniaga buah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lepas.

GEORGE TOWN, 21 Jun: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada bekas isterinya minggu lepas.

Paling Popular

No results found.